Skip to main content
Logo horizontal

Tentang IhsanBN

IhsanBN ialah sebuah platform komuniti yang menghimpunkan inisiatif bantuan dan organisasi yang telah disahkan bagi memudahkan orang ramai mencari serta menyokong usaha-usaha kemasyarakatan di Brunei Darussalam.

IhsanBN menyenaraikan inisiatif yang telah memperoleh kelulusan yang berkaitan dan menghubungkan penderma terus kepada organisasi penyelaras melalui saluran rasmi mereka.

IhsanBN tidak mengutip, menyimpan atau mengagihkan wang sumbangan. Semua sumbangan disalurkan terus kepada organisasi yang berkenaan.

Platform ini diterajui oleh Majlis Belia Brunei (MBB), badan induk pertubuhan belia di Brunei Darussalam, sebagai pemilik dan pengendali platform.

IhsanBN bermula sebagai Projek Khidmat Masyarakat oleh Kumpulan Ihsan37 di bawah Program Perkembangan Eksekutif Pegawai Pengurusan Pertengahan Kohort 37 (EDPMMO 37) dan dibangunkan bagi meningkatkan ketelusan serta keyakinan awam terhadap inisiatif bantuan komuniti.